Sunday, 20 May 2012

Tabiat Dikalangan Kanak-kanak




Tabiat atau habit kerap berubah dalam kehidupan  seseorang itu. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikiskan atau diubah. Umpamanya nya, seseorang dewasa yang ketagih merokok akan berasa sukar untuk memberhantikan amalan itu.

Tabiat yang positif, jika diamalkan, akan membentuk keperibadian seseorang itu. Tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur , bangun awal dan bersenam setiap pagi adalah beberapa contoh tabiat positif yang elok diamalkan.

Kanak -kanak juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa berubah. Kebanyakan tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada juga yang berterusan sehingga bertahun -tahun lamanya.
Seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang gemar menghisap ibu jarinya mungkin tidak menimbulkan masalah di rumah jika ibu bapanya tidak menghirau kan sangat tabiatnya itu. Sebaliknya, seorang kanak -kanak lain yang mengamalkan tabiat yang serupa mungkin akan mendapat teguran daripada ibu bapa dan adik-beradiknya.  Dia mungkin juga ditengking, diejek, didenda atau dipukul.  Ini sudah pasti akan menimbulkan suasanan tegang dalam kehidupan seharian keluarga tersebut.

Asas tabiat menghisap jari ini mungkin terbit daripada rasa bosan atau rasa kurang selesa. Kanak-kanak yang terlibat juga mungkin selama ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan orang dikelilingnya.  Melalui amalan menghisap jari ini, dia mendapati bahawa ibu bapanya mula memberikan perhatian dan mengawasi tingkah lakunya.  Ini menggembirakannya dan dia terus mengamalkan tabiat tersebut.  Kemungkinan juga kanak-kanak yang menghisap jari ini terikut-ikut tabiat
kanak-kanak lain.  Lazimnya, tabiat ini tidak berlanjutan dan akan hilang denagn sendiri tanpa terapi.

Satu lagi contoh tabiat menghisap ibu jari melibatkan seorang kanak -kanak berusia tujuh tahun yang berada di dalam darjah satu. Tabiat ini timbul akibat daripada rasa kurang yakin pada diri sendiri dan rasa takut kepada gurunya. Menengking atau memukulnya mungkin tidak akan memuluhkan keadaan. Punca timbulnya rasa kurang yakin dan takut kanak -kanak itu perlu diketahui dan langkah sewajarnya diambil. Tabiat ini akan hilang apabila perasaan ini dapat diatasinya. Ada ibu bapa yang terlalu sangat memberikan perhatian kepada tabiat anak mereka dan ada pula yang mengambil sikap sambil lewa sahaja.
Tabiat -tabiat seperti mengeyit -ngeyit mata, menghisap jari, menggeleng -geleng kepala dan mengorek lubang hidung lazimnya tidak akan berterusan selama -lamanya. Adakalanya, terlalu sangat memberi perhatian kepada tabiat buruk si anak tidak akan memperbaiki keadaan. Kanak -kanak yang sering diperingatkan mungkin akan terus mengamalkan tabiat itu. Tabiat -tabiat yang ditunjukkan mungkin merupakan reaksi anak terhadap perasaan kurang yakin, sambil lewa sahaja tanpa memikirkan asas terbitnya  sesuatu tabiat itu, ia bukan sahaja akan berterusan tetapi perasaan -perasaan negatif diatas akan kekal dan menjadi sebati dengan perwatakan kanak -kanak itu.

Tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa mereka. Umpamanya, kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan  ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala.

 Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya. Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas barannya akan beransur -ansur hilang dan dia akan lebih tahu mengunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya.
Kadangkala, tabiat yang dipamerkan oleh seseorang kanak -kanak itu tidak wajar dan sesuai lagi bagi usia nya. Umpamanya, kanak -kanak berusia lima tahun yang menunjukkan sikap panas baran. Jika kemahuannya tidak diturutkan, dia akan menjerit -jerit, menendang -nendang dan memukul -mukul dinding. Kanak -kanak ini sepatutnya sudah lebih matang perkembangan emosinya. Ibu bapa yang terlibat tidak seharusnya membiarkan tabiat anak mereka berterusan sedemikian. Ada eloknya mereka mendapat nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah laku kanak -kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami dan kaedah keibubapaan yang efektif dapat digunakan.

Satu contoh lagi kanak -kanak berusia lima tahun yang masih tidak boleh berenggang dengan ibunya. Sepatutnya, pada usia tersebut, dia sudah boleh ditingkalkan dibawah jagaan pengasuh di pusat tadika. Jika dia masih bertabiat sedemikian, ini akan merumitkan keadaan kelak terutamanya apabila dia mula memasuki alam persekolahan. Kanak -kanak yang berusia 1 1/2 - 2 tahun lazimnya memang mahukan ibunya sentiasa berada disisinya. Seelok -eloknya, dia dilatih dari kecil lagi supaya biasa ditinggakan dibawah jagaan orang lain menjelang usia tiga tahun.

Lain -lain tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil yang boleh menimbolkan masalah kepada ibu bapa ialah tabiat mengigit - gigit kuku, menjerit -jerit, menarik -narik rambut, gagap, menipu, mencuri, berkelakuan ganas, suka berseorangan dan sebagainya. Asas tabiat -tabiat ini perlu difahami bagi mengatasi masalah -masalah yang timbul dengan berkesan.

Friday, 18 May 2012

Pendekatan Belajar Melalui Bermain




Guru perlulah peka dengan minat, keperluan dan memahami perkembangan kanak-kanak bagi mempermudahkan untuk merancang sesuatu aktiviti contohnya aktiviti belajar melalui bermain.

Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajran. Pendekatan meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.

Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut:

· Aktiviti yang menggembirakan
· Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
· Permainan bebas dan terancang
· Kelonggaan masa
· Percubaan idea sendiri
· Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian


Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).

Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid:

i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas

Oleh itu, pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.

Thursday, 17 May 2012

Belajar Melalui Bermain





Pendekatan  belajar melalui bermain yang disarankan oleh Puasat Perkembangan Kurikulum, (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.  Pendekatan belajar melalui bermain  dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mealaui bermain mereka dengan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi.

Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar danmotor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan  inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan  kelonggoran masa bermain.

Mengikut Vygotsky (1967), “ Play is helpful in the  development of language and thougt. Mental structures are formed through the use of signs and tools and  play helps in this formation. Play also frees the child from the constrains of the real world that surround the child. In this way play gives children greater control over situation than they would have in reality. Children play with meanings as well as with objects as a result of being freed from reality. They are thus allowed to engage in higher  order thought processes through play.” (Spodek. Et.al, 1989,ms 181).

Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain bagi kanakkanak kerana dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan mengutkan otot-otot. Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembagan murid.  Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang terpenting sekali ialah permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid.

Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan  penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan di harap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.

Nutrisi untuk perkembangan kanak-kanak


Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum. Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat. Hasilnya, pada usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90 peratus dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya.

Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan. Antaranya ialah DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.
DHA
DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam.
Zat Besi
Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia. Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi yang rendah. Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut menyebabkan mereka hilang tumpuan, wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), pucat dan lesu. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.
Zink
Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink yang tinggi.
Asid Folik
Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan letih, lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.

Makanan yang perlu dielakkan :

1. Makanan Bergaram
Makanan yang mengandungi terlalu banyak garam bukan sahaja menjadi pemangkin kepada masalah tekanan darah tinggi dan arteriosclerosis tetapi juga boleh merosakkan arteri. Keadaan ini seterusnya memberi kesan kepada bekalan darah ke tisu otak yang akan menyebabkan sel-sel otak mengalami ischaemia dan hypoxia yang menyebabkan hilang memori dan otak terencat. Keperluan garam bagi tubuh ialah 7 gram untuk orang dewasa dan kurang daripada 4 gram sehari bagi kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar kurangkan memberi anak makanan yang banyak garam seperti jeruk dan makanan ringan.

2. Makanan Yang Mengandungi MSG
Kajian perubatan menunjukkan bahawa ibu hamil yang selalu makan makanan yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate pada peringkat akhir kehamilan boleh menyebabkan kekurangan zink pada bayi yang dikandunginya. Kekurangan zink boleh menyebabkan gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas. Tanda seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink dapat dilihat apabila mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Oleh yang demikian, World Health Organization menggalakkan agar wanita hamil dan kanak-kanak tidak diberi makanan yang mengandungi MSG.

3. Plumbum
Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh sangat membahayakan. Plumbum boleh mengganggu fungsi otak manusia. Kanak -kanak yang terlibat dengan masalah ini boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan. Umumnya, plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperoleh daripada tanah yang tercemar, serpihan-serpihan cat, debu yang mengandungi plumbum, air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum, buah-buahan terutama yang berasid yang diletakkan dalam bekas berplumbum dan pensel warna serta warna air (apabila dimasukkan ke dalam mulut).

Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai dalam tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil. Oleh itu kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan plumbum dalam darah ialah sifar. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum kerana plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang. Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.

Kanak-kanak mudah terdedah kepada kandungan plumbum tinggi terutama bagi yang gemar memasukkan apa juga barangan ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak juga berupaya menyerap 50 peratus plumbum lebih tinggi berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan. Kajian perubatan menunjukkan bahawa plumbum boleh membunuh sel otak dan merosakkan otak.

Wednesday, 16 May 2012

Hari guru tiba lagi....




hepi teacher,s day smua ckgu2 n bakal guru-guru terutama teman-teman kat upsi (pejam celik-pejam celik dah nk abis kte ni...pat je mase b'jalan...

rndu lah dkat cikgu-cikgu time sek ...kne mrah, kne denda,..mcm2 hal yang kami buat ..cikgu msih sabar dengan kerenah kami....

love u Teacher..... 

pemakanan seimbang kanak-kanak





Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan.


a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

b) Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

f) Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.


PANDUAN PEMAKANAN UNTUK KANAK-KANAK PETATIH DAN PRA-
SEKOLAH

Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan untuk anda:
  • Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia (Piramid makanan mungkin berbeza di negara lain disebabkan oleh perbezaan makanan ruji mereka). Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.
  • Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain.
  • Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.
  • Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.
  • Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
  • Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.
Pemakanan berpandukan piramid makanan

·        Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:
  • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan.
  • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental.
  • Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan.
  • Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.