Tuesday, 15 May 2012

Pentingnya Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal




Pakar perkembangan dan psikologi  kanak-kanak telah mengemukan fakta, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat  atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun  manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.

Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80—85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

Sekiranya sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya bertumpu pada aras pengetahuan semata-mata tanpa diiringi penyemaian akidah dan pemantapan akhlak, maka sudah jelas membuktikan bahawa nilai penghayatan kontang dan proses pengaplikasian pengetahuan tidak dapat diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan intelek, tetapi  ‘pencapaian tinggi’ yang pada hakikatnya dalam ruang lingkup yang lain  pincang dan tiada keseimbangan.

No comments:

Post a Comment