Guru perlulah peka dengan minat, keperluan dan memahami perkembangan kanak-kanak bagi mempermudahkan untuk merancang sesuatu aktiviti contohnya aktiviti belajar melalui bermain.
Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajran. Pendekatan meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.
Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut:
· Aktiviti yang menggembirakan
· Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
· Permainan bebas dan terancang
· Kelonggaan masa
· Percubaan idea sendiri
· Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).
Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid:
i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas
Oleh itu, pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.
No comments:
Post a Comment