Tabiat atau habit kerap berubah dalam kehidupan seseorang itu. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikiskan atau diubah. Umpamanya nya, seseorang dewasa yang ketagih merokok akan berasa sukar untuk memberhantikan amalan itu.
Tabiat yang positif, jika diamalkan, akan membentuk keperibadian seseorang itu. Tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur , bangun awal dan bersenam setiap pagi adalah beberapa contoh tabiat positif yang elok diamalkan.
Kanak -kanak juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa berubah. Kebanyakan tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada juga yang berterusan sehingga bertahun -tahun lamanya.
Seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang gemar menghisap ibu jarinya mungkin tidak menimbulkan masalah di rumah jika ibu bapanya tidak menghirau kan sangat tabiatnya itu. Sebaliknya, seorang kanak -kanak lain yang mengamalkan tabiat yang serupa mungkin akan mendapat teguran daripada ibu bapa dan adik-beradiknya. Dia mungkin juga ditengking, diejek, didenda atau dipukul. Ini sudah pasti akan menimbulkan suasanan tegang dalam kehidupan seharian keluarga tersebut.
Asas tabiat menghisap jari ini mungkin terbit daripada rasa bosan atau rasa kurang selesa. Kanak-kanak yang terlibat juga mungkin selama ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan orang dikelilingnya. Melalui amalan menghisap jari ini, dia mendapati bahawa ibu bapanya mula memberikan perhatian dan mengawasi tingkah lakunya. Ini menggembirakannya dan dia terus mengamalkan tabiat tersebut. Kemungkinan juga kanak-kanak yang menghisap jari ini terikut-ikut tabiat
kanak-kanak lain. Lazimnya, tabiat ini tidak berlanjutan dan akan hilang denagn sendiri tanpa terapi.
Satu lagi contoh tabiat menghisap ibu jari melibatkan seorang kanak -kanak berusia tujuh tahun yang berada di dalam darjah satu. Tabiat ini timbul akibat daripada rasa kurang yakin pada diri sendiri dan rasa takut kepada gurunya. Menengking atau memukulnya mungkin tidak akan memuluhkan keadaan. Punca timbulnya rasa kurang yakin dan takut kanak -kanak itu perlu diketahui dan langkah sewajarnya diambil. Tabiat ini akan hilang apabila perasaan ini dapat diatasinya. Ada ibu bapa yang terlalu sangat memberikan perhatian kepada tabiat anak mereka dan ada pula yang mengambil sikap sambil lewa sahaja.
Tabiat -tabiat seperti mengeyit -ngeyit mata, menghisap jari, menggeleng -geleng kepala dan mengorek lubang hidung lazimnya tidak akan berterusan selama -lamanya. Adakalanya, terlalu sangat memberi perhatian kepada tabiat buruk si anak tidak akan memperbaiki keadaan. Kanak -kanak yang sering diperingatkan mungkin akan terus mengamalkan tabiat itu. Tabiat -tabiat yang ditunjukkan mungkin merupakan reaksi anak terhadap perasaan kurang yakin, sambil lewa sahaja tanpa memikirkan asas terbitnya sesuatu tabiat itu, ia bukan sahaja akan berterusan tetapi perasaan -perasaan negatif diatas akan kekal dan menjadi sebati dengan perwatakan kanak -kanak itu.
Tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa mereka. Umpamanya, kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala.
Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya. Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas barannya akan beransur -ansur hilang dan dia akan lebih tahu mengunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya.
Kadangkala, tabiat yang dipamerkan oleh seseorang kanak -kanak itu tidak wajar dan sesuai lagi bagi usia nya. Umpamanya, kanak -kanak berusia lima tahun yang menunjukkan sikap panas baran. Jika kemahuannya tidak diturutkan, dia akan menjerit -jerit, menendang -nendang dan memukul -mukul dinding. Kanak -kanak ini sepatutnya sudah lebih matang perkembangan emosinya. Ibu bapa yang terlibat tidak seharusnya membiarkan tabiat anak mereka berterusan sedemikian. Ada eloknya mereka mendapat nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah laku kanak -kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami dan kaedah keibubapaan yang efektif dapat digunakan.
Satu contoh lagi kanak -kanak berusia lima tahun yang masih tidak boleh berenggang dengan ibunya. Sepatutnya, pada usia tersebut, dia sudah boleh ditingkalkan dibawah jagaan pengasuh di pusat tadika. Jika dia masih bertabiat sedemikian, ini akan merumitkan keadaan kelak terutamanya apabila dia mula memasuki alam persekolahan. Kanak -kanak yang berusia 1 1/2 - 2 tahun lazimnya memang mahukan ibunya sentiasa berada disisinya. Seelok -eloknya, dia dilatih dari kecil lagi supaya biasa ditinggakan dibawah jagaan orang lain menjelang usia tiga tahun.
Lain -lain tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil yang boleh menimbolkan masalah kepada ibu bapa ialah tabiat mengigit - gigit kuku, menjerit -jerit, menarik -narik rambut, gagap, menipu, mencuri, berkelakuan ganas, suka berseorangan dan sebagainya. Asas tabiat -tabiat ini perlu difahami bagi mengatasi masalah -masalah yang timbul dengan berkesan.